22 October 2009

PETUA #1

Kulit lebih licin
Kalau anda inginkan kulit lebih licin dan halus..banyak² kan lah makan tomato 'coz tomato dapat membantu memperbaiki struktur tisu kulit kita..Selamat mencuba!!


Menghilangkan jerawat
1.Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin. 2.Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.
3. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang

Kulit cerah dan berseri
Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.

Kulit muka yang gebu dan licin
Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin.

Supaya kuku kaki cantik
untuk mencantikkan kuku kaki,anda perlu gosok kuku dengan ubat gigi dgn megunakan berus gigi yg tidak digunakan lagi setiap kali lepas mandi.pasti kuku anda cantik.s'mat mencuba.

Melebatkan bulu kenig
Ambil minyak sapi dengan mancis dan sapukan pada kening. bentukkan kening mengikut kehendak anda. Kening anda akan semakin lebat dan cantik hari demi hari

Melicinkan kulit
Ambil putih telur...dilumur di muka beberapa minit...Selepas itu, basuh dengan air bersih .

Menghilangkan kesan parut pada kulit
Potong/ambil bahagian luar kulit tembikai. Jemur kulit tembikai tadi dibawah cahaya matahari sehingga kering. Selepas itu bakar sehingga menjadi abu, masukkan sedikit air, gaulkan dengan abu tadi dan sapukan ke kesan parut tadi. Ulang setiap malam sebelum tidur.

Senggugut
Rebus halia sebesar jari ibu kaki(dlm setengah jam) minum airnya 3 kali sehari.

Menghilangkan parut
Ambil sedikit kulit kayu manis, kemudian campurkan sedikit air dan asahkan bersama kulit kayu manis tadi.lumurkan dibahagian parut.

Mengurangkan berat badan dengan cepat
kisar sebiji lobak putih bersama air kemudian minum airnya.Dalam masa seminggu anda akan dapat hasilnya... selamat mencuba...

Untuk menghilangkan bau ketiak
Gunakan kulit limau nipis dan air sejuk kemudian sapukan bahan yang diupar tersebut pada tempat tersebut.

Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.

Mencerahkan kulit secara tradisional
Apabila memasak nasi,ambil sedikit air rebusan beras dan biarkan ianya sejuk..and then cucilah muka and dengan air rebusan tersebut sambil berselawat keatas Rasullulah..kemudian bilas dengan air biasa.. dan anda akan mendapat hasilnya dalam tempoh beberapa hari, insya'Allah.

Hilangkan lemak di perut
Ambil kapur sirih atau makan campur dengan perahan air limau nipis. kemudian campurkan dengan minyak serai putih.gaul hingga sebati kemudian sapu di atas perut. biar kering kemudian basuh keesokan harinya. selamat mencuba!


amek dari 'aku pun ta taw'