16 February 2010

siti khodijah ahmad III

okayyy , kite teruskan lagii cerita kite yeee jaaaaaaa , kali ni siti khodijah siri III pulakkk , hehe . smlm aku nak replyyy , tapi kakak aku pulakkk dahh gile sgt ngan dingdong dyeee , kate kat aku kul 1.30 pagii nak bg men , tuptup kul 2.40 pagii baruu dye puass weyyy , adoiiii , aku dah tidoo dahhh , soo , skunk baruu ade mase nak replyyy , ni pun dye ngah bising , nak tgkk dingdong dyee tuu lagii , adehhhhhh ! baeklahh jaaaa , aku akan sahut cabran kau tuuuuuu , aku akan menjawab pertanyaan kau dalam melayu BAKA yeeee dyjaaa sayanggg =,=
pertanyaan pertama ,

' Kehadapan sahabatku yang kukasihi, adakah kau masih lagi tertawa dan terhibur akan entriku sebelum ini? Sudah-sudahlah wahai sahabat, jangan kau ketawa yang teramat kerana aku ragu, ilmu yang telah lama kau timba selama ini akan terkeluar begitu sahaja. Jadi, ketawalah dengan anggaran yang berpada-pada. '

Dengar la jawapan dari sahabatmu ini wahai Siti Khodijah , 
tidak Khodijah , diri ini tidak lagi tertawa dan tidak lagi terhibur terhadap entri yang telah dirimu buat malam semalam . Sesungguhnya aku mengerti akan padah dan musibah yang bakal diri ini dapat jika masih tertawa dan terhibur dengan isi perut entri mu malam semalam .

' Sahabat, nampaknya sudah jelas terbukti bahawa engkau bukanlah seorang pelajar yang prihatin. Tidakkah engkau mendapatkan surat kenyataan tentang cuti sempena Tahun Baru Cina ini daripada ketua kelasmu? Atau mungkin sahaja ketua kelasmu sememangnya tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan tidak menyebarkan surat tersebut kepada ahli kelasmu? Dalam surat tersebut, telah disahkan bahawa sekolah kita akan dibuka semula pada hari Khamis, iaitu 18 haribulan Februari. Jadi, janganlah engkau hadir ke sekolah pada hari Rabu sebelumnya itu. Ya, memang benar kita harus mendidik diri kita untuk menjadi seorang yang sentiasa rajin, tetapi rajinnya itu ada tempatnya. '

Baiklah Khodijah , salah diri ini kerana tidak membaca surat yang telah diberi oleh ketua tingkatan , bukan apa Khodijah , diri ini amat penat pada waktu itu , baru masuk kelas pada ketika itu , bukan penat sahaja Khodijah , panas marah pun ada . Setelah meneliti kembali surat yang berada di perut beg sekolah itu semalam , ternyata bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Kiaramas itu akan dibuka semula pada hari Khamis bersamaan dengan 18 Februari dan bukan hari Rabu yang bersamaan dengan 17 Februari . Sudah la Khodijah , jangan la dirimu mentertawakan diri ini yang hina lagi bengong ini . 

' Sahabat, alangkah tenangnya hatiku ini apabila engkau nyatakan bahawa engkau akan terus bersekolah di SMK Kiaramas kita itu. Tidak mengapa, wahai sahabat. Mungkin rezekimu tidak terletak pada sekolah-sekolah yang lain. Mungkin sahaja Tuhan telah pun mengaturkan sesuatu yang lebih baik untukmu pada masa hadapan. Sebagai seorang hamba, kita hanya mampu berdoa kepadaNya. '

Tenang hati mu Khodijah ? terang hati ku ini Khodijah . Ya Khodijah , mungkin sekolah itu telah ditakdirkan untukku sebagai sekolah menengah ku yang pertama dan juga sekolah menengah ku yang terakhir . Sesungguhnya ku percaya akan ketentuan Qada' dan Qadar . 

' Sahabat, nampaknya aku hanya mampu menulis sedemikian ringkas buatmu kali ini. Sebenarnya, aku kini sedang menyediakan perhiasan-perhiasan bagi menghias kelasku itu kerana mengikut kefahamanku, mana-mana kelas yang tidak lagi mula menghias kelas setelah buka sekolah, maka ahli kelas tersebut akan didenda membasuh tandas. Oleh sebab aku adalah Ketua Keceriaan di dalam kelasku itu, aku dipaksa untuk menghias kelas tersebut. Apakan daya, sememangnya itulah tanggungjawab yang aku pikul. '

Jika begitu , baguslah . Sungguh bertuah kelas itu mendapat Ketua Keceriaan kelas seperti dirimu . Tentang dendaan yang dikatakan itu , diri ini tidak pernah terdengar akan desas desus berkaitan dengan dendaan itu , mungkin kelas mu sahaja akan di denda jika tidak mula menghias kelas . Bagi pengetahuan diri mu , kelas 4Begonia , iaitu kelas ku telah mula menghias kelas sejak minggu lepas lagi . Jadi , jika benar dendaan tersebut akan dilakukan , rasanya , diri ini dan seluruh warga kelas 4Begonia akan terselamat dari seksaan denda itu . 

' Baiklah sahabat, nampaknya aku akan berhenti di sini. Sehingga bertemu di sekolah.
Salam sayang, Siti Khodijah Ahmad. '

Baiklah Khodijah , sesungguhnya diri ini juga sudah tidak larat untuk menulis lagi  , sungguh menyiksa rasanya . kita berjumpa di sekolah pada hari Khamis ini . 
Salam sayang juga ,
 Widayah Ismail .


NOTA KAKI : okayy , sape nak gelak , nak muntah , dipersilakan :) ,
saye taw bm saye terukkk , haha -_____-