22 August 2012

Aku ada kawan.....

Aku ada kawan nama die bedah. tapi tu bukan nama sebenar dia. die nak rahsiakan nama sebenar die. bedah kawan aku. aku dah lama kawan ngan dia, apa yg die lalui dalam kehidupan dia. semua aku tahu. aku dengan dia sering kongsi masalah dan juga cerita. aku sayang bedah. begitu juga dengan bedah. die sayangkan aku. bedah tak pernah bercinta. sebab? dia tidak berminat dengan lelaki. kerana? bedah dan aku ade kawan. di skola menengah. kami sering mendengar keluhan dan rintihan sahabat kami. sakit hati gembira sedih semua. jadi bedah tidak mahu untuk mengambil risiko untuk menyayangi seseorang lelaki itu lebih daripada die sayang kawan kawannya. bagi bedah, kawan kawan dan jugak keluargalah segalanya.

Bedah gembira disamping kawan dan keluarganya yg tersayang :)

Bedah pindah skola. disitu bedah ade kawan baru. bedah sayang kawan die tu. sampai bedah cerita kat aku yg die mula jatuh hati dekat seorang mamat ni nama die ali. ye ali. aku ingat lagi nama budak tu. ali seorang lelaki. hihihi. bedah pun tak tahu macam mana bedah boleh sayang dan suke dekat ali tu. gosip mula berkeliaran, bedah pun melayan sbb aku kenal bedah. bedah ni seorang budak yg akan melayan bende yg die rasa malu untuk menghalang. means macam bedah layan bende tu sebab die nak cover malu ha macam tulah so nanti takdelah org nampak yg bedah sebenarnya tengah malu dengan gosip tersebut. sampailah suatu hari bedah betul betul sayangkan lelaki tu. ye ali tersebut maksud aku. begitu juga ali.

Bedah rasakan macam ini adalah satu drpd nikmat dunia kerana die dapat rasakan syoknya dan amazing nya sesuatu percintaan.

Dan sejak itu bedah mula kenal erti rindu bedah mula kenal erti sayang bedah mula kenal erti cemburu dan bedah kenal erti banyak lagi. ali pandai buat bedah gembira ketawa. sbb tu bedah sayangkan ali walaupun ramai kawan kawan bedah dekat sana pertikaikan semua tu tapi bedah tak kisah. asalkan ali dapat bahagiakan bedah itu dah cukup untuk bedah. semakin hari bedah semakin sayangkan ali. mungkin sebab ali juga, bedah buat something yg die tak terfikir nak lakukan. ya kerana nasihat ali, bedah bertudung. bedah mula rasa malu jika tidak bertudung, ali dah ubah bedah. dari buruk ke baik.

Bedah dgr nasihat ali, ali dengar nasihat bedah.