13 August 2012

Kalau kau berubah. Aku lepaskan. Kalau kau tidak, Alhamdulillah!

Aku mintak maaf kalau kau terasa. Aku mintak maaf kalau kau rasa kau dibohongi. Aku mintak maaf kalau aku baru bagitahu kau tentang hal ini. Aku mintak maaf weh aku mintak maaf aku mintak maaf! sangat sangat.

Bukan aku yg nak semua ni. Aku sayangkan kau. Terlalu. Aku tamau hilang kau. Sbb tu aku tak bagitahu kau dulu, aku simpan, biarkan rahsie sehingga hari sabtu lalu. aku taknak kau tertipu. aku nak kau tahu. aku nak kau tahu biar semua beban selama ni yg aku tanggung terbang, terbang tinggi tinggi aku taknak dia hinggap dekat aku lagi. aku tak rela aku tak mahu aku tak ingin dibebani oleh bende ni lagi.

Sebenarnya aku dah lama nak bagitahu kau. biar kau tak terkejut biar kau tak takut bila kau tahu semua bende tu secara mengejut. aku taknak kau mati terkejut :P tapi aku taktahu dr mana nak mula macam mana nak bagitahu semuanya. kalau kau ingat balik, pernah dulu. time aku keje dekat fos, aku pernah bagi kau hint. tapi kau tak mengerti. tapelah aku simpan lagi. aku paksa hati aku untuk tahan dan simpan lagi lagi lagi lagi lagi lagi lagi lagi lagi dan lagi.

Bukan tu je, ingat lagi time kau dah habis main futsal then kita on call? sampai empat nak masuk lima pagi ritu? aku nak tanya tapi aku takut, aku suruh kau ingatkan aku bila kite text nanti tapi kau tak ingatkan, kau tak cakap. aku ingat. tapi aku tunggu kau yg cakap, kau yg mulekan. aku takut nak mule aku takut kalau kalau kau tak boleh terima. Aku taknak jadi macam kawan aku. yg dah bercinta bagai nak rak. akhirnya putus macam tu je. bukan salah dia tapi salah pakwe dia. pakwe die dah bagi die harapan palsu. acah acah terima padahal? die malu. die tak mahu dan akhirnya mereka berakhir macam tu je. aku taknak kita macam mereka =/

Jangan fikir bukan bukan sayang. aku ade kau sorang je. aku takde yg lain. selagi kau boleh setia aku akan hargainya dan aku akan melakukan benda yg sama agar kau tak kecewa. aku sayangkan kau. ingat tu. ingat tu sampai bila bila. jangan pernah lupe! cehh ayat :P jadi pendek kan cerita. Sabtu tu aku taktahuu aku rasa macam aku kene rasuk dek hantu. aku marah cemburu dengan apa yg kau buat dkt sana. apa yg kau buat semua tak kene, yes semua! AKU RINDU KAU! dan aku rasa selagi aku tak bagitahu kau bende ni aku rasa macam 'for what aku simpan kang lama lama die tahu jugak kang kalau die tak leh terima aku yg merana' so aku amek keptusan untuk bagitahu kau hari tu jugak. yee haritu, sebenarnya malam tu aku nak g tahu tp aku tunggu kau msg aku tapi kau tak msg pun. so aku janji dengan diri aku aku tekad nak bagitahu kau jugak pada keesokkan harinya ya, iaitu hari Sabtu.

Eh before tu kau nak tahu something tak? sebenarnya aku jeles bila kau kata kau dekat pantai lepak dengan kawan kau, hmmmmmm aku nak jugakkk! means aku nak ade kat situ dengan kau, lepak dengan kau. gelak borak jalan tepi pantai dengan kau. main air acah acah tendang air wahhhh macam ombak rindu pulak okay dah stop. jangan merepek wida. kk --" sambung....

Aku nangis time taip msg tu aku nangis teruk habis mata sembab pedih hidung sumbat semua aku kene petang tu. aku takut aku takut kau tak boleh terima. aku takut sangat. aku amek phone kakak aku sbb phone aku takde kedit pulak time tu. habis kredit die aku kerjakan. sorry kakak! aku luah semua. aku bagitahu kau masa tu aku reda apa nak jadi. aku baca banyak kali, tiap kali baca balik tiap tu jugaklah hati aku sayu sedih pilu macam kene tembak dengan peluru bertaluu talu amboii habis larii bahasa melayu aku -_____- aku takut nak tekan send. aku fikir. aku tunggu, beberapa minit kemudian.......

Aku sentuh satu persatu number kau, aku pejam mata, perlahan aku sentuh screen 'send' tu, aku baca balik, then bende tu telah pun kau terima. aku pejam mata. aku nangis sekuat hati aku lepaskan semua. aku sumbat muka masuk dalam bantal. aku malulah nanti org tgk heheehheeheh :P tak lama kemuadian. phone aku berbunyik. bunyik tu khas aku set tuk msg kau sahaja. aku tahu tu pesanan drpd kau. kau reply aku rasa macam di awang awangan. aku takut nak bukak aku takut. aku takut nak tahu keputusan kau. aku biarkan phone aku terus berbunyik. akhirnya aku berani kan diri aku bukak. ALHAMDULILLAH YA ALLAH. kau bagi aku respond yg positif, aku baca satu persatu dengan perlahan, airmta jatuh habis laju basah pipi aku yg gebu ni :P hihihihihihi. aku terharu ya allah. aku sayang kau. hanya kau dalam hati ku ini sayang :P ceh suke lettew hihi

Sejak balasan msg kau tu, sayang aku kat kau bertambah. dan aku tak lagi risau, aku rasa seperti seorang baby yg baru lahir. tiada masalah yg ada. aku rasa kepala aku ringan. ringan macam kertas. aku ade sedikit ucapan untuk kau, dengar eh? maksud aku bacalah taw. dan ingat sampai bila bila.

Terima kasih sayang sebab terima aku seadanya. aku sayang kau. sampai bila bila. kau tahu kan bende tu semua. janji dengan aku yg kau takkan pernah berubah. hati kau tetap milik aku. begitu juga sebaliknya. ingat harapan kita? impian kita bersama? aku ingat semua tu. aku harap kau pun sama. jangan pernah lupekan. kau baik. kau sabar. kau sabar dengan semua kemarahan aku. kau sabar dengan semua kelakuan aku. aku mmg jahat sbb sllu buat kau marah aku mmg jahat sbb aku selalu buat kau sakit hati dengan aku. aku hargai setiap kata kata nasihat kau, aku hargai setiap kata kata cinta kau. betul. aku sangat hargainya. aku bersyukur sbb dapat kenal dengan kau. mungkin dulu aku taktahu kenapa aku masuk gombak, aku taktahu kenapa aku nak sangat jadi pengawas. mungkin sebab ni, semua ni rancangan Allah. Dia perancang yg hebat. aku harap sangat tulang rusuk kau ade dlam tubuh badan aku ni. aku nak kau jadi yg halal untuk aku. aku harap sangat. perkenankan Ya allah. aku sayangkan kau selalu Fariqh Ikhwan Amir Arshad <3 kalau cerita "hanya aku cinta kau seorang" ditayangkan di pawagam, tapi kau selalu ditayangkan dalam kepala otak aku yg paling dalam :P 

Aku tak nak kau berubah hati. aku nak kau macam ni, aku masih perlukan kasih sayang kau tu lagi. tapi kalau kau dah tak boleh terima ataupun malu dengan bende tu suatu hari nanti. terus terang. InsyaAllah aku akan tabahkan hati aku ni untuk terima walaupun aku taknak aku tak rela kehilangan. tapi andai ini takdirNya? :'( aku tak boleh nak buat apa. aku akan doakan agar kau sentiasa bahagia.

#Bende tu sebenarnya takdelah buruk mana cume bende ni die kene tahu sbb nanti kan nak harungi kehidupan yg mendatang ni sama sama hikhikhik :P