23 March 2013

Tinggal kenangan.

First of all, al-fatihah buat allahyarhamah Puan Marini binti Hassan

Ceritanya bermula begini....
Isnin bersamaan dengan 18 March 2013..
Bertempat di Pusat Islam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah..
Uztaz Khairul membuat satu ucapan yang berbunyi begini..
"Sama sama kita doakan keadaan Puan Marini, warden damai 2 atau penyelia asrama kita kerana beliau berada didalam ICU dan sedang menjalani pembedahan di kepala untuk membuang pendarahan beku yang berlaku di dalam otak beliau akibat terjatuh di bilik air rumah beliau di damai dua pagi tadi, sama sama kita doakan keadaan beliau agar selamat dan dapat bersama kita seperti dahulu.." macam tulah ayat uztaz, aku lupe sikit sikit..
Dan solat hajat dilaksanakan untuk beliau...

Aku tekejut. walaupun tak rapat even tak kenal sangat pun, tapi die pernah tegur kami. yeee aku shira piah pika mas time buat lk kat bawah time pukul 2 pagi lebih ritu.. macam macam nasihat beliau bagi pagi tu hmm tak sangka. sangat tak sangka.

Cerita pusat Islam habis, pergi kafe sbb nak cari sumber untuk oral, tak sampai setengah jam kat kafe, shira kata naik sbb damai dua buat bacaan yassin untuk warden kami, oh lupe nak bagitahu. aku salah sorang penduduk damai dua.

Naik surau damai, kakak tu cerita balik apa yg berlaku dekat beliau.. kakak tu kata, puan marini tejatuh dalam bilik air dalam pukul 7.15 pagi pukul 10 beliau menjalani pembedahan otak sbb ade darah beku kat otak beliau. sampai malam isnin tu... beliau tak sedarkan diri lagi :( habis baca yassin, balik bilik. okay dah taknak cerita apa yg aku buat kat bilik tu. tak penting pun. Esoknya...

Kelas sangat padat hari selasa. dari pukul 8 sehinggalah jam 6 petang. dalam 6 setengah sampai bilik. dalam pukul tujuh lebih macam tu... eton, ketua blok damai dua buat pengunguman menyuruh semua penghuni damai dua untuk menunaikan solat mahgrib berjemaah dipusat islam dan seterusnya menunaikan solat hajat untuk warden kami. Aku keluar, aku tanya eton keadaan beliau sekarang macam mana.. eton cakap.."Puan Marini dibedah lagi sekali kat kepala pukul enam petang tadi...." entahlah wehh taktahu kenapa bedah lagi hmm maybe sbb ade lagi darah beku kot yg tersorok. Cerita selasa habis.... Rabu pulak...

Pagi kelas materials sampai 10. habis tu, sambung dengan kelas agama kul 11. pukul sebelas dah terpacak kat bangunan mekanikal sbb kelas agama buat kat sana. tunggu punya tunggu... tetibe dapat text uztazah cancel kelas agama yahooooo! balik kamsis. on the way nak naik blok.. nampak kakak yg berjawatan dalam kamsis.. menangis. shira tanya.. then jawapan dorang.. "Puan Marini dah meninggal pagi tadi. dalam pukul sepuluh pagi.. ni kiteorg nak gerak hospital sg buluh, sbb jenazah akan terus dihantar pergi raub, pahang" fuhh meremang bulu roma jangan cakaplah.. sunyi jeeee damai dua time tu. entahlah maybe blok tu pun sedih agaknya hmmm sampai jumaat haritu aku rasa blok tu macam sunyi. cukuplah sampai sini... al-fatihah. takziah buat keluarga beliau, semoga allahyarhamah ditempatkan dikalangan kalangan orang yang beriman :(

Tak sangka kan? orang yang sihat.. yang kita ingat die akan bersama kita dalam jangka yg lama lagi pergi sekelip mata macam tu je. hmm sbb tu orang cakap, mati tak mengenal masa umur dan tempat. mungkin dah tertulis beliau akan pergi dengan keadaan macam tu. sekelip mata wehh sekelip mata Puan Marini tinggalkan kiteorg macam tu je hmmm....

Tutup cerita pasal Puan Marini.. khamis 21 march, satu lagi pengunguman dibuat, uztaz cakap anak puan Zalina dah tiga kali operate otak sbb ade nanah dalam tuu.. punca die satu je. selesema. then kuman naik ke otak, terus merebak. ya Allah kau selamatkanlah anak beliau. kau kuatkanlah anak beliau menghadapi semua ni.. innalillah wainnailaihi rojiun..

And for sure aku sedih aku takut aku takut sangat kalau bende ni terjadi kat family aku, aku tak ready lagi nak hilang sesapa dalam family ni.... aku sayang kan mereka sangat sangat mak bapak, kaklong itik ica ina siti hakeem manja fariz eqal maya :( Jagalah keluarga aku ya Allah, kau jauhilah mereka dari malapetaka, kau lindungilah mereka walau dimana pun mereka berada.. perkenankan ya Allah :(

Jaga diri semua!