21 July 2013

Nikah gantung? pelajar? sebaya kita? best tak?

Salam ramadan, hohohoho kenapa rajin update malam ni? tak rajin mana pun nanti tengoklah bwah sekali mesti akan ade "sambungan kat post akan datang" hahahhahaha. k dah semua tu tak penting so dah masuk hari yang keberapa kita berpuasa hari ni? kejap eh nak kira.......... dah kire dan yang ke 12 hari yeay dah nak raya yeay cuti pertengahan sem yeay! tape tak kisah seminggu pun tetap cuti yeay! boleh bangun lambat yeay tayah stress ngan kuiz test bagai yeay otak boleh rehat yeay hahahaha...

So cube tengok sekeliling korang. okay mungkin tak nampak... godek godek laman sosial korang. ade kawan kn? ramai kan? bila godek godek kawan kawan lama, terkejut tak dengan perubahan dorg? ah tak kisah lah hahahaha.... ramai kawan kita yg sebaya kita dah mendirikan rumah tangga right? ade anak... kita pun rasa nak ade anak kan? tapi aku tak pun :P aku ade anak buah wekkkk hahahhaa... bile tgk dah halal dalam hati mesti rsa nak jugak kan? kalau taknak takpe.. taknak paksa :P kikiki... bagi yang mampu... mungkin dah nikah terus bersanding. tapi kalau yg kahwin tu sebaya kita, masih belajar, ala ala baby yg baru pandai jalan alahai manalah nak dapat duit tuk buat hantaran dan majlis bagai kan? sbb tu adanya nikah gantung.


"Nikah gantung atau nikah khitbah sebenarnya pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan."

Maksudnya nikah gantung ni nikah mcm biase dan sah bergelar suami isteri tapi tak duduk serumah atas sebab sebab tertentu seperti masih belajar, takde pendapatan bulanan yang tetap, dan belum sedia menangung komitmen berumahtangga tak duduk serumah tak bermakna tak boleh ehem ehem hehehehehhehhehehee boleh tidur sama bila ade masa free sbb dah halal pun :) Tanggungan si isteri masih dibahu ayah dia selepas majlis akad nikah selesai. Tak wajib lagi bagi si suami untuk menanggung nafkah isteri. Dosa si isteri juga tetap di bawah tanggungangan ayah si isteri. Kebanyakan yg nikah gantung ni pelajar sbb terlalu sayang dan takut hilang :P



Kire lepas nikah, boleh kumpul duit dulu tuk buat majlis persandingan tu.. nikah gantung ni mmg wujud zaman sekarang. ramai je student nikah gantung sbb nak elak maksiat dan dapat kurangkan dose. lepas nikah gantung, boleh buat anak, boleh lahirkan anak, anak tu kira sah hukummya sbb org yg nikah gantung ni dah halal. kire kalau pergi hotel, pintu kene ketuk, jangan cuak, tunjuk kad je hehehehhee

Islam ni agama yang cukup mudah. Bila pasangan kekasih tu dah cukup syarat untuk berumahtangga, so dia layak untuk berumahtangga. Kalau tak mampu buat majlis kahwin lagi, diorang boleh nikah dulu. Nikah yang penting. Majlis tu sekadar untuk menghebahkan berita. Sebab setiap perkahwinan wajib dihebahkan. 

Nikah gantung ni still kene ikut rukun rukun kahwin seperti suami, isteri, wali, saksi dan akad. Selain tu, mas kahwin perlu dibayar cuma hantaran boleh ditangguhkan dulu.

Tapi, nikah gantung ni akan terbatal bila si isteri dihantar kepada suami di rumah si suami. Bila si isteri ni jejak kaki di rumah si suami, automatik si suami wajib tanggung nafkah isteri and segala dosa isteri dah ada kat bahu suami. kire bile suami dah ready nak pikul semua tu, boleh lah bawak isteri balik rumah :)



Seronokkan nikah gantung ni? seronok gile kan? banyak yg kita dapat kan? pahala bukan satu dua taw tp byk sangat.. ape tunggu lagi? :p tapi pastikan nak sbb dah ready bukan nak sbb ikut org okayy? :) eh post ni takde sambungan lah yeay! hahahahhaa