7 January 2014

Selamat datang ke alam puluhan, sayam ♥

Tarikh ini kau dilahirkan dalam masa yang sama kau memberi satu senyuman kesyukuran kepada dia yang melahirkan. Anak yang kedua bukan tanggungjawab yang mudah kerana kau orang kedua terkuat selepas ayah. Mungkin dulu kau belum kenal apa itu tanggungjawab tapi sekarang sedikit demi sedikit kehidupan telah mengajar kau makna sebenar tanggungjawab. Moga kau sentiasa menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Dulu kau buat jahat, orang tak pandang sangat. sekarang kau buat jahat semua orang salahkan kau salahkan keluarga kau. siapa ayah siapa ibu. kenapa anak jadi macam ni kenapa anak jadi macam tu. Jaga maruah diri dan keluarga jangan pernah lupa walau dimana saja kau berada.

Masa berlalu dengan pantas. Kau diberi cukup kasih sayang oleh mereka yang kau sayang. Kau membesar dengan cukup dari setiap sudut. Moga sentiasa menjadi anak yang baik soleh dan taat kepada kedua ibu bapa. Diberikan kesihatan dan keselamatan yang tak putus putus. Aku harap kau bersyukur dengan segalanya dan tidak untuk cuba merosakkan kesihatan yang telah dikurniakan. (contohnya merokok dan membawa motorsikal dengan laju. tu contohlah) Masa belum terlambat untuk kau ubah untuk kau berubah ke arah kebaikan. Dulu kau sekecil kuman sekarang kau sebesar rumah. (hehehe)

Selamat tinggal dua ribu tiga belas, tahun terakhir kau usia belasan. Banyak benda yang berlaku dan kau belajar sepanjang kau dalam belasan tahun. Aku tahu. Aku harap apa yang baik kau teruskan dalam kehidupan dan yang kurang baik kau jadikan pengajaran. Jangan pernah ulangi kesalahan walau kau dalam keadaan serabut mana sekalipun. Selamat datang ke alam usia puluhan aku ucapkan. Dalam puluhan nanti lagi pelbagai cabaran kehidupan yg akan berlari lari pergi dekat kau. Jangan gelabah tapi hadapilah semuanya dengan senyuman dan yang paling penting sentiasa tenang dan bersabar. Aku tahu kesabaran kau tinggi levelnya kerana aku pernah mencabar ketinggiannya. Kau disegani oleh orang disekeliling harap kau tetap rendah diri dan jangan pernah meninggi diri dan hidung tinggi jika suatu hari nanti kau menjadi perdana menteri.

Tanpa sedar dah tiga tahun lebih kita berkenalan. Walaupun banyak duka yang berlumba lumba datang tapi takpa aku sukakannya baru namanya cabaran percintaan. Jika ingat kembali saat saat kita bersama terlalu banyak benda mencuit hati sampai boleh mengalir air mata dek inginkannya terjadi lagi. Aku gembira kenal kau. aku tak nafikan aku cemburu lihat kau melayan kawan perempuan. banyak kali aku tegur, aku merajuk, tapi kau endah. kau buat tak tahu. geramnya aku! (hahahahahhahahaha) Kau tempat aku lepas bengang, cerita semua benda yang buat hati aku geram, buat hati aku gembira, semua aku lepaskan kat kau. kau bagai diari yang bernyawa yang aku punya. terima kasih aku ucapkan kerana sudi mendengar dan walaupun kengkadang nasihat kau aku buat tak tahu dan aku tak buat, tapi aku hargai semua yang pernah kau nasihat. lepas ni perbanyakkan dan pelbagaikan lagi nasihat sbb aku perlukan nasihat untuk mendidik diri terus maju kehadapan (cewahhhhh hahahahaha)
Terima kasih fariqh untuk apa yang telah kau beri selama tiga tahun lebih kita berkenalan. Kau bagi aku perasaan yang aku tak pernah jangka yg sekrang aku akan dapat dan lalui. terima kasih untuk semuanya. makan minum kasih sayang kesabaran ahhh semualah (lepas ni bagilah lagi :P) Kengkadang aku terfikir macam mana kalau suatu hari nanti kalau kau pergi dulu sebelum aku. aku menangis sendiri. Dalam keadaan kita yang masih memerlukan antara satu sama lain. bolehkah aku untuk hadapinya? bolehkah aku untuk laluinya? ahh sadis ahh sedih. Tiap solat yg aku kerjakan aku doakan agar Allah lindungi semua orang yang aku sayang termasuk kau. Jaga diri kau elok elok tak kisahlah kau kat mana even kat tandas sekalipun. org tergelincir pun boleh pergi. jaga diri untuk aku. untuk impian kita. kan kita nak tua sama sama hilang gigi sama sama. jangan pernah lupe semua tu. (berani kau lupe nak kene sembelih ke? :P) rasanya cukup untuk ini. ikut hati sampai esok pun takkan habis cerita pasal kita. kihkih

"Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-20 sayang! Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan, kurangkan kerisauan hati dan hilangkan keserabutan diri. Dah besarkan jangan tinggal solat lagi dah. tiada lagi alasan itu ini untuk solat itu kau abaikan. Maaf aku tak mampu belikan barang yang mahal untuk hari kelahiran. itu je yg aku mampu. jaga dia elok elok biar die bertahan untuk 10 tahun akan datang. Aishiteru fariqh ikhwan :)"

Pelan pelan kayuh......