2 May 2014

Hutang. Segan mintak atau rela sakit hati.

Pernah tak member korang ke sesapa ke pinjam duit korang? mestilah ade kan... lepas tu pernah rasa tak macam mana segannya nak mintak tapi korang perlukan sangat duit saat korang mmg tgh takde duit? pernah rasa tak? kalau pernah, bagus. kalau tak pernah, alololo shiannyerrrr ( kasi panas hihi ) Duit. Semua bende perlukan duit daripada pakaian makanan semua perlukan duit termasuklah nak melabur pun kene duit. eh mana ade.. melabur free je ellehhh habis tu air yg kau basuh siram bagai semua tu bayar pakai daun ke? ( nak menang jugak ) okaylah mmg betul, saat ade duit kepuk kepuk kat poket tu, orang pinjam tak rasa sangat. serius tak rasa sbb duit tu akan sentiasa masuk. tapi bila korang dah takde sumber kemasukan duit tu... dari situ korang akan fikir cara macam mana nak ehem ehem duit drpd org yg meminjam tu walaupunnnnn sakit otak gak kau fikir cara.

Situasi 1 - Siti pinjam duit kau kononnya RM50. Masa tu kau poket kau tengah penuh dengan duit yang kepuk kepuk sampai kau pening mana nak buang duit kau tu biar poket kau kurang kepuk kepuk yelah nak beli iphone tak cukup lagi huahuhauhua eh apani k sambung.. so kau pun bagi tanpa rasa sikit pun perasaan berkira atau takut siti susah bayar.. sampailah satu hari ni, duit kau mmg dah tak berkepuk kepuk lagi dan kau perlukan sangat duit sbb dalam purse kau RM1 pun takde. pendek cerita kau mmg perlukan sangat lah (sbb kau bukan jenis yang mintak mak, dan mak kau pun bukan jenis yg suap dengan duit tiap kali kau mintak)

So kau pun stalk si siti ni, kau tgk die sekrg bukan main mewah tiap hari keluar dengan pakwe die jadi kau pun berkata dalam hati "hm rasanya kalau aku mintak ni, takpe kot, tak segan sangat kot siti macam tgh ade duit je ni" "setakat RM50 tu apalah sangat tgk siti ni baju baru kemain" bila hati kau dah cakap macam tu kau pun mcm dah kurang sikit segan which is baguslah untuk kau mintak hutang sbb takdelah kau rasa bersalah sangat lagipun tu hak kau. jadi... kau pun msglah siti... cakap dengan seelok mungkin untuk menjaga hati dan tidak nampak terlalu mendesak (walaupun dalam hati kau dup dap dup dap tahan malu)

Siti pun reply. tapi siti tak bagi kau respond yang positif malah. ye malah. siti bagi kau respond yang kau rasa macam tak masuk akal langsung. dimana bende yang paling semua orang tak suke bile kaitkan dengan family contoh "aku takde duitlah skrg.. boleh tak aku bayar nanti sbb parents aku pun tak cukup duit bulan ni" "boleh tak bulan depan aku bayar sbb bulan ni parents aku tak cukup duitlah ni pun bil tak bayar lagi" geram tak? mcm mustahil kot serius. kau tahu bapak die keje gaji besar rumh besar, tengok siti keluar tiap hari dengan pakwe, baju baru bukan main banyak lagi paling sakit hati bila kau tahu siti beli gadjet yang mahal macam iphone tapi bila kau mintak hak kau dia bagi alasan yang tah pape. sampai kau geram. kau rasa macam nak mintak hari2 sbb nak tgk alasan apa yang die akan bagi lagi. (walupun kau dah tak perlukan duit tu sangat sebenarnya) okay kite pergi ke situasi yang kedua.

Situasi 2 - Ali pinjam duit kau yg bukan RM50, RM10 tapi beratus. okay mase tu sbb kau tengah kayo gilo dan ali ni kawan kau yang first time ditimpa masalah.. so kau ikhlas tolong. serius ikhlas. kau pun bagi die pinjam duit yang beratus tanpa ada rasa sikit pun rasa terpaksa dalam diri kau. kau buat ni ikhlas. Kes sama jugak macam siti tadi, sampai tahap yg duit ku tidak lagi berkepuk kepuk dan kau fikir cara macam mana nak mintak ehem2 sbb kau nak mintak mak, mak kau pun bukannya ade duit sangat so nak taknak kau kenelah ikat perut tu daripada beli makanan yang perut kau mintak kalau aku perut aku mintak laksa jelah hiihihihi

Ali sedar yang die masih berhutang dekat kau... kadang2 ali anta msg sedih cakap jangan lupe mintak nanti bla bla bla takut ali lupa yang die berhutang. bla bla bla k lepas tu kita masuk terus... skrg ali ni pun tengah berduit tapi engkau tengah pokai. sampai dalam purse kau RM1 pun takde.. kau tengok keadaan siti sekarang. mewah. barang baru mmg banyak... update status " nanti dpt duit nak shopping lah nak beli itu ini itu ini itu ini" kau baca, kau geram tapi apa kau boleh buat? die langsung tak ingat hutang die kat kau. maybe time die keje nanti mungkin die akan ingat kot sbb die pernah cakap kat kau, bende pertama yang die akan buat bila die kerja nanti.. ialah bayar hutang. tapi kau takut. kau takut mase die dah kerja nanti die lupe, kau takut nanti masa die dah kerja nanti kau yang lupe die ade hutang kau.

Aku pun tak tahu nak tulis apa lagi hahaha so kite ke jalan penyelesaian.

Patutnya 'kau' dalam post ni tak boleh segan nak mintak ye walaupun susah mana mereka nak bayar hutang kau tapi kau tak boleh segan. itu hak kau, dorg nak bayar ke taknak ke itu bende yang kedua kau kene fikir. kau terdesak, kau mintak. dorg bagi alsan, kau tak dapat. takpelah janji dekat situ kau dah ingatkan mereka tentang hutang mereka. kau doa jelah agar Allah senangkan proses settlement antara kau ngan dorang ok. jangan sbb ni kau ngan dorg gaduh pulak sbb selisih faham kecik mcm siput ni ok? tapelah 'kau' janganlah segan nak mintak hutang hutang kau tu.... lagipun kau kan mmg tengah takde duit bukannya kau cemburu dan dengki dengan kemewahan dorg skrg ok?

(aku cuba)