28 August 2015

#wydagotravel #pulauperhentian #13August2015

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hahahah kesian blog ni lama dah takde entry baru, kalau ade pun tah apa apa cerita yang aku tulis hahahaha kelakarlah adoii tapi rindu nak tulis so disebabkan aku rasa mcm nak post something so nanti biar aku rasa mcm 'yeay dah update blog' hahaha. Nak cerita pengalaman aku dan duri duri yang aku tempuhi sepanjang perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke Pulau Perhentian 13 August haritu hahahahha.

Macam mana plan? haha jangan tanya aku bukan kerja aku, buaya punya kerja. package yang die amek tak silap RM300/person. package tu termasuk boat dari kuala besut ke perhentian kecil pergi dan balik, snorkeling 5 checkpoint, bilik untuk 3 hari 2 malam dengan breakfast untuk dua hari (sabtu dan ahad). package tu tak termasuk bas dari TBS ke kuala besut. untuk bas, kiteorang naik bas sani ekspress, RM90/pergibalik. kalau bas lain taktahulah mcm mana tapi kalau naik bas Sani ni, korang akan turun betul betul dekat jetty kuala besut which is lepas turun tu tinggal tunggu boat untuk bawak korang ke pulau perhentian.

Nak dijadikan cerita disebabkan 13 haribulan tu aku ade dekat Shah alam, oh haa nak cerita sikit hahahahaha mula mula buaya kata pergi bulan 10 then tetibe die cepatkan cakap pergi bulan lapan, okaylah, so masa tu cuti dua minggu sebab cuti sem ngan cuti raya, naik cuti raya, lagi dua minggu kita akan pergi pulau tu, naik je cuti, lecturer yang ajar aku waste water masa tu kene appendiks dan cuti dua minggu fuhhhh masa dengar tu rasa mcm alamakkkkkkkkk jumaat depan ade kelas ke takde kelas (duri pertama) gelisah babe mandi tak basah makan tak kenyang tido tak nyenyaklah wa cakap lu hahahahahha. aku risau ade kelas jumaat 14 haribulan tu huhu... bila cakap dekat buaya, buaya kata sabar nanti jumpe dengan lecturer tu bincang mcm mana bla bla bla aku pun lek lek lu, 11 haribulan, lecturer tu masuk, hari tu jugak aku pergi jumpe and tanya sama ada jumaat ni ade kelas ke tak...... mcm darah naik kepala babe bila die cakap "minggu ni takde kelas lagi awak semua baliklah dulu minggu last ramadhan kan, pegi attend rumah terbuka" yahoooooooooo! so bolehlah pegi dengan senang hati ahhaha senanglah sangat

Malam 13 punya cerita pulak, disebabkan aku dah tanya kawan bilik aku yang aku nak pinjam beg die sbb aku takde beg hahahaha dan die kata okay so aku pun tak bawaklah apa apa beg dari segambut ke shah alam. ptg tu pulak die kata die tak boleh bagi pinjam sbb kakak die nak pakai (duri kedua) hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm takpelah... so tanyalah member yang lain, ada. ada mmg ada tapi jauh oi dengan aku yang takde transport nak pergi amek.. tak pasal pasal kene susahkan kakak aku heheheh. beg tu pulak ain yang pinjam, then bila tanya ain, ain kata ade dekat laila pulak.. sudahhhh so suruh ain amek, bagi ira, adik aku amek kat rumah ira, then kaklong anta pergi shah alam huhuhuhuhu dapat beg dalam pukul 10 malam, ala malaslah nak kemas esok jelah kemas balik kelas :P

Okay, plan asal, buaya akan amek aku, dan hantar aku pergi ktm batu tiga so nanti aku akan jumpe die dekat kl sentral dan kita akan pegi tbs sama sama sebab die naik train dekat kuang. pagi 14 tu, tetibe tertukar fikiran pulak, aku akan ikut buaya balik rumah dan ayah die akan anta kiteorg kat ktm kuang huhu. so ptg tu, balik kelas terus kemas mcm orang gila mandi peluh gaklah hahahahah nasib baik dah list barang barang yg nak bawak tiap malam before tido :P so takdelah kelam kabut sangat and the best thing is..... takde barang pun yang aku rasa tertinggal hahahahah! (hebatnya saya =B) okay dah kemas semua whatsapp buaya kata kat mana die boleh pulak kata die dah otw -___- ek elen, hahahha keringkan peluh dulu then mandi siap siap hahahaha 20 minit gaklah die tunggu :P sape suruh gerak tak bagitahu :P dari shah alam kiteorng ke bukit jelutung amek ayah die then pergi rumah die baru ke ktm kuang...


Time beli tiket train nak ke TBS pulak, kakak kaunter tu cakap..... "dik, train sampai kepong je sbb segambut banjir, train tak boleh gerak. dari kepong adik amek alternatif lain untuk sampai ke destinasi ye" (DURI KETIGA) fuhhhh wehhhhhhhh bas kiteorang pukul 10.30 dan masa tu pukul 7.30 huhuhuhuhu tunggu punya tunggu train tak sampai sampai ayyooo! dan paling sadis, time tunggu tu dgrlah annoucement cakap train akan berhenti sampai sungai buluh sahaja (DURI KEEMPAT) kenapa makin jauh dari TBS T___T  muka buaya dah takut sikit tapi bila aku tanya takut ke? die cakap tak. biase je. hahahahahahhaa poyos! okay dalam pukul 8.10 mcm tu train pun sampai.